monolog hamba-NYA

My photo
Seorang Hamba Allah dimuka bumi. Mom of 2 kids. A wife. A single daughter. An Engineer to a specialist contractor co. Semoga kita semua selamat melayari hidup ini dengan REDHA-NYA.

Saturday, November 23, 2013

Reality in life

we are humans. and definitely might not satisfies others. what goes around comes around. hiduplah atas muka bumi ini untuk mencari redha Allah. kita tidak perlu penghargaan manusia. sesungguhnya manusia mudah melupakan jasa. apa saja. mereka tetap akan bangkit dan pertikai. sungguhpun apa yg kita bantu itu untuk diri mereka jua. tidak mengapa. pastinya tanpa kita mereka mampu hidup sempurna. kerana adanya Allah pencatur dunia. begitu juga kita. tidak perlu khuatir akan komentar berganda. tanda2 perlu mengorak langkah mengubah cara. disinilah. kita akan bersama2 menuju hala tuju yang sama. walau cara hidup berbeza. tetap akan bangkit berkumpul ditempat yang sama. InshaAllah.

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan 1993-2013


Link video ini ke You Tube.

Tidak mengenali adik ini. 
Namun hati tersentuh dengan pengembaraan beliau.
Tersentuh dengan kesan didikan ibu ayahnya.
Sehingga menjdikannya Syahid ke Jalan Allah.

Semoga kita, suami, isteri, dan anak2 kita
mampu mencontohi beliau dalam ertikata sebenar sebuah kehidupan

Pandangan Allah lebih Utama.

Kadangkala kita lupa.
Siapa kita untuk menilai orang.
Nilaian kita belum tentu tepat.
Kerana bukan kita yg berada ditempat orang.

Kadangkala ku tidak mengerti.
Mengapa masih ada insan yg gemar menggali kisah silam orang.
Apakah kamu mengerti apa yang terjadi?

Maka sentiasa beringatlah.
Jika sekalipun kita sudah berubah.
Jangan terkejut jika ada insan2 yang masih ditakuk lama.
Masih mencari2 keburukan kita dari masa silam.
masih menyebut2 seperti kita tiada harga diri lagi.

Dan..disitulah kita akan ketahui.
Dimana tahapnya ketahanan kita.
Maka.Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.
Abaikanlah mereka seperti debu2 pasir yang berterbangan.
Seperti buih2 ombak ombak yang menghempas pantai.
Maafkanlah mereka.
Doakanlah mereka.
Agar mereka mampu untuk berubah dan sentiasa dalam lindunganNYA.

Thursday, November 14, 2013

Wall Graffiti at Taman Molek

Thumb 9226
Terus terang cakap.
 Memalukan.
Apa lah yang JB authorities ni takut benar nak biarkan graffiti disitu.
Itu memang situasi sebenar.
Setiap masa kami di kawasan taman molek dan johor jaya ni rasa tak selamat.
Hari2 berlakunya crime.
 Ia sepatutnya berada di situ. Kekal disitu.
Supaya semua orang sentiasa Alert dgn keadaan sekeliling.
Dan, ia juga sebagai satu teguran paling sinis untuk JB authorities termasuklah pihak Polis.
Tak faham kenapa jenayah tak surut2.

Wall graffiti turning heads in Johor

JOHOR BARU - Wall graffiti by Lithuanian-born artist Ernest Zacharevic of a man holding a knife, apparently waiting for a female victim around the corner, has attracted people to Taman Molek here to snap photographs of the art.
Passers-by and even families with young children had been stopping their cars by the roadside to take quick shots of the graffiti painted on two walls along Jalan Molek 1/9.
Zacharevic had previously made the news when his art known as "Boy on a Bike" and "Little Children on a Bicycle" were painted on walls in Penang.
His two other paintings in Johor Baru included a couple looking at a large tree which Zacherevic cleverly drew around existing clumps of green moss and a painting of a water slide which leads to an actual pipe opening in Taman Johor Jaya.
Director of a printing company Jacky Choo, 41, who lives in the area, brought his nine-year-old daughter to check out the graffiti after he saw several postings of it on Facebook.
"Hopefully, this will inspire Malaysians to get more creative with art," he said.
The graffiti has sparked a debate especially among Netizens about the meaning behind the art.
There had been diverse opinions after a picture of the graffiti was posted on "What's Going On In Johor Baru", a page dedicated to state events.
Facebook user William H.K. Goh said that the art was done in rather bad taste.
"Surely Johor Baru deserves better than this negative portrayal. As a Johorean, I feel insulted," he said.
Johor Domestic Trade, Con­su­merism and Tourism exco Datuk Tee Siew Kiong also said that the painting of the knife-wielding man gave a negative image, especially for tourists. However, he added that it was up to the local authorities to decide whether it wanted to repaint the wall.

Wednesday, November 13, 2013

Homemade Pizza - Yeast & Non yeast base

cuti deepavali yg lepas kami stay dirumah saja.while for awal muharram dimanfaatkan dgn percubaan membuat pizza sendiri. 

So i search for basic dough recipe through the internet and i found out that Jamie Oliver's is the most easiest. Since this is my 1st attempt on pizza. Mcm gerun pun ada. Mmg akan expect kecacatan pd 1st trial. Biasalah kan. (n_^) 


Recipe source :

So I gather up all the ingredient and started kneading in my mum's (now it's mine) so called mixer. 
 Initially, i was wondering why my dough looks a bit slurry. 

rupanya tersalah sukatan.
nak buat separuh dari sukatan asal tapi terambil pula sukatan penuh untuk air..
huru hara.

ok. ini hasil setelah di olah semula ikut sukatan penuh.
alihkan doh dari mixer ke dlm bekas yg ditaburi tepung.
uli skit sampai tak melekat langsung kat tangan dan tumbuk2 skit untuk keluarkan udara yg terperangkap..


next step; 
tutup dgn kain lembap dan biarkan selama 45-60min di tempat yg berhaba panas
(proses tumbesaran akan lebih cepat)

 tengok tu: gendut


seterusnya, pembahagian doh mengikut saranan encik Jamie adalah 6-8ketul doh kecil untuk base pizza yg kita boleh buat anytime.
simpan dlm peti sejuk. tiba masa nak guna tu, bolehlah terus keluarkan dari fridge dan biarkan sekejap pd suhu bilik sebelum proses baking.

nampak sangat tak sekata pembahagian ini.


Langkah seterusnya;

sediakan bahan2 topping
ya. apa saja.
ikut selera dan citarasa.


dan;

griskan pan pizza atau loyang atau ramekins atau apa2 yg tahan oven.
letak doh dlm pan. 
tekan2 guna jari sehingga doh memenuhi pan.
atau boleh roll out guna rolling pin.
cucuk doh dgn garfu.
bakar sekejap lebih kurang 10 min dlm oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 170deg C.
 keluarkan dan dah boleh start spread topping sauce.

Gambar bawah:
 
Wafa Afiqah sedang sibuk didapur.
Setiap masa soalan demi soalan terpaksa mama jawab untukmu nak.
dan tak jemu2 tunggu mama siap.
dan juga sibuk nak tolong.
harap2 sampai besar nt pun rajin mcm ni ye syg.


Siap.
tabur mozarella cheese.
koyak2 skit sliced cheddar cheese.
masukkan sos dan mayon dlm piping bag
potong hujungnya
layerkan atas topping terakhir.
Alhamdulillah.
Syukur kerana dapat bersabar dengan kerenah doh dan anak.
ish.ish.


Fresh from oven.
untuk kali kedua. 
yang ini version non yeast base.
resepi ambil dari buku resepi percuma.
lebih mudah. tak perlu uli begitu lama.
hasil selepas bakar boleh tahan. dia akan jd thin crust.


Definitely will do this again!
InshaAllah.

Monday, November 11, 2013

Puff Pastry - Chicken Curry Filling

Jemput Makan.


percubaan buat pizza bersama wafa boleh thn hasilnya. 
masih tak puas dgn trial n error. lalu mama gagahkan diri untuk mencuba puff pastry. 
i can't hardly find out why the interest on trying are to the highest level right now.
although the everyday tasks and timing are quite tight.
 It seems that I do enjoy with the process, the waiting..the rising of the pastry-from a flat thin piece of so called dough (maybe?), to form a bursting pastry which is so adorable and extremely beautiful(to me).-walaupun pastry tersebut ready made punya (n_^)
Although the super hot environment could've made me sweat throughout the scene.


Geram.
Masa duk dalam oven, duk bertiga dgn wafa dan muaz bertinggung depan oven tu semata2 nk tengok keajaiban yang berlaku pada sekeping pastry tersebut.
Kata orang German, Jakun.

Proceed to the recipe:

1 pack of ready made pastry puff (brand KAWAN)
take out from freezer/frigde and put it in room temperature while starting to prepare the filling.


Chicken Curry Filling:
I have no specific measurement, I just roughly picked all of it-easier.

Method + Ingredients :

1. Flame up the wok in medium mode and saute the following till soften or until you can notice the wonderful aroma;

a. About a clove of garlic - crushed(the taste will be much better than sliced-because of the juice that 
                                            is coming out from the bulb)
b. 1  onion (Preferably Holland's , to get the natural sweet taste) - diced

2. Add in the main body; (to half cook)

a. 2 potatoes - cut into uniformly-sized pieces
b. 1/2 packed minced chicken/meat (I used Ayamas brand)
c. 1 cup of mix vegi - contains diced carrots, corn, and peas

3. Put in the seasoning (to taste)

a. Any Curry powder - I used Faiza's and Adabi's
b. Salt to taste - I love salty taste
c. About 1/2 teaspoon of Mix herbs (the more the merrier)

4. Add in the moist agent (my version-optional);

a. 1 cup of fresh milk + plain hot water or
b. just plain water

5. Cook till soften and a bit dry. be careful and aware on the flame! otherwise they will burnt and definitely the taste becomes already out. 


Next method for assembling the filling into pastry: (Source : Dapur tanpa sempadan)

1. Preheat the oven to 160~170 deg, (Most of the time I used only up to this temp, each oven have its 
    own capability - my one will makes the food burnt on the outside and uncooked in the inside if I 
    put it to >170 deg. 
2. Cut the pastry into 2 pieces, 1 is mean to be the base, another 1 will be the cover.
3. Add about  1 tablespoon of the prepared filling onto the base
4. Place another piece to cover it up.
5. Get a fork, dip it to flour, and press to the pastry to bond it. you will get nice effect.
6. Brush on some egg yolk on top of the pastry.
7. Bake till yellowish brown. The pastry will become nicely layered and fluffy. And the aroma will  
    spread into each space of your house!
8. Let it cooled on a steel wire mesh. And its ready to be grabbed!

Happy trying! and may this will be a helpful info for all. Knowledge is for sharing. May Allah always lead us the way to Jannah.

 

Friday, October 25, 2013

Dari Blog AmirIzzat : Syarat dan peraturan untuk membuka aurat dikhalayak ramai

  gambar ihsan google - tak tahu siapa designer nya..
Tertarik dengan entry blog adik ini. 
Apa yang di tulis sama dengan apa yang daku fikirkan..

So akak minta izin copy paste ye dik;
( Hari ini sangat penat. Hari -hari pun penat)

Bismillah. Dewasa ini, kalau kita berjalan-jalan di mana-mana sahaja pasti kita akan terlihat pelbagai gaya pakaian yang dipakai. Kalau yang bukan Islam itu tidak kisahlah kerana mungkin mereka tidak mengetahui berkenaan AURAT. Tetapi yang beragama ISLAM ini, dedah sana dedah ini.

Umumnya mengetahui bahawa mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim(khalayak ramai) itu berdosa dan haram. Jadi, kalau buat, maka dosa akan bertambah. Bila dosa bertambah, maka peratus untuk masuk NERAKA itu tinggi. Tetapi yang peliknya, bila ditanya "Awak nak masuk Syurga ke Neraka?" Jawap si dia " Mestillah Syurga.:" Dan bila ditanya " Apa awak buat untuk masuk Syurga?"  Terkebil-terkebil kebil pulak nak jawap. Aiyaaa..

Huh? Tak faham lagi ke?

Macam ini la. 

Ada seorang budak nama Ali, dia nak makan burger Kak Limah. Tapi Ali tak mahu keluar rumah nak pergi kedai Kak Limah. Adakah burger itu akan datang bergolek kepada Ali? Tidak bukan!

Macam itu dengan Syurga, kalau hendak Syurga, jadi kita cari jalan macam mana nak masuk Syurga. Nak nak Syurga pun tak apa. Allah itu Maha Adil. Kalau orang itu tidak mahu Syurga, Allah kasi Neraka. Adilkan Allah? Tapi kena ingat Neraka ini untuk mereka yang mengingkari perintah Allah, kan? kan? Rasa macam Ustaz Amir la pulak. Hehehe!

Kalau berbincang pasal AURAT ini memang tak habis lah sebab pemikiran rakyat Malaysia(orang Islam) kita yang kononnya bijaksana serta berwawasan serta pemikiran maju ke depan ini sukar hendak terima bahawa aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan serta muka dan aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut. Tapi itulah kalau kita cakap apa-apa pun mereka yang dangkal ini pasti akan menegakkan benang yang basah. Allah cakap jangan dedah aurat, jangan dedah ler. Ini tidak, makin tunjuk adalah.

Tetapi aku memang tabik(songsang) la dengan mereka yang berani mendedahkan aurat sebab mereka ini beraninakmampus melawan kalam Allah. Apatah kali nasihat manusia yang hina dan dina seperti aku ini. Lagi la tak makan saman. Ok! Meh kita tengok syarat-syarat dan peraturan yang mesti korang(yang suka buka aurat) ikut sentiasa. 

Syarat- Syarat.

1. Jangan hidup di bumi dan alam cakerawala Allah.

2. Badan mestilah kalis api Neraka yang panasnya tidak terperit.

3. Sila cari Tuhan lain selain Allah kalau ada. ( Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)

Peraturan.

1. Mestilah berbogel. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

2. Jangan membeli pakaian untuk menutup badan. Bakar semua pakaian.

3. Jangan jejak kaki di alam ini.

Jeng jeng. Itu ke lah syarat dan peraturannya. Kalau korang rasa mudah, sila ikutlah. Aku tak cakap yang korang mesti ikut tetapi itulah peraturan. Aku tidak menyalahkan sepenuhnya mereka yang membuka aurat mungkin kerana belum sampai lagi hidayah kepada mereka. Mungkin salah mak bapak.(memang pun!)

" Ya Allah, hamba memohon kepadaMU. Berikanlah hidayah dan petunjuk dalam jiwa-jiwa kami agar kami sentiasa mengikuti suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."

Aku harap sesangat mereka yang suka mendedahkan aurat ini kembali ke jalan yang benar agar suasana masyarakat kita ini benar-benar membuktikan gaya perpakain orang Islam. Aku hairan la kenapa orang Melayu mudah sangat terikut gaya berpakaian dan perangai orang bukan Islam di tempat aku dan dimana mana sahajalah. Tapi orang bukan Islam tak pun terikut dengan kita (sifat orang Islam). 

" Ya Allah, kau tabahkanlah jiwaku menghadapi dugaanmu"

Jadi, kalau rasa diri hendak membuka aurat sila ikut syarat itu ye. Kalau rasa syarat dan peraturan itu ketat sangat, jadi tak usahlah membuka aurat kan senang... 

Nota fikiran:

- Apa motif perempuan pakai baju nipis lepas itu nampak bra warna biru???
- Tak boleh ke kalau bermain bola sepak pakai seluar pendek lepas lutut????
- Tak boleh ke ikut hukum Allah?
- Siapa kita nak lawan Allah? Ada kuasa ke kita?
- Kalau yang jahil, kita bagitahu tetapi yang bodoh sombong??? Macam mana?
- Perempuan zaman sekarang berlagak nak mampus terutama yang remaja di tempat aku la. Tak semua.
- Kalau aku renung buah dada gadis yang berpakaian seksi yang mampustempahneraka patut ke aku yang bersalah? Kalau aku dapat tahan tak apa lah, ini susah ler. Tapi yang hairan lelaki yang dipersalahkan.

Dunia oh dunia. Walaupun zaman sekarang sudah maju, manusia makin mundur. Suka benar menegakkan benang yang basah. Hendak kata bodoh tidak, tetapi bukankah bodoh kalau begitu??? 

Nota: Aku tulis sebab aku nak menulis. Kalau ada terkasar bahawa, maafkanlah aku dan aku tahu bahawa blog bukan tempat untuk berdakwah tetapi ia sekadar catatan dan nasihat untuk orang yang tidak mengetahui.

Nabi ada bersabda " Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"

Kalau aku tak nasihat orang yang Jahil ni tentu aku akan masuk Neraka sebab aku pun ada tugas berdakwah.



Wednesday, October 23, 2013

Bengkel Kek komersial bersama Chef Amer


Chef Amer - Chef Idola
Bila suka makan kek, bila ada oven tp tak tahu nak baking apa,
mulalah suami bertanya..

"nak jadi GAJAH PUTIH ka oven awak tu?"

dgn tersipu malu daku menjawab,

 "awak sponsor la sy masuk baking class Chef Amer yg best tu.."

hehehe..

and as a "yes" answer..

8th june 2013, I've joined the baking class.
But,yes. semua orang ingat daku masuk kelas coklat..
Sebab Chef Amer kan MAster Chocolatier kan..
Sebenarnya beliau bukan saja master chocolatier..tapi macam2 master lg..

Contohnya ini:


Master buat kek - komersial atau tradisional
Nasi beriani gam dan lain2
Western Food
Mee dan NAsi goreng

boleh dikatakan semua beliau boleh ajar
dlm ertikata lain, 
Beliau ada bengkel khas untuk setiap kategori

Ini gambar close -up:
Exited betul, sbb slalu nmpak dlm tv je..
Gambar bawah lampu kalimantang..
maka muka jadi macam sunburn pula..keke


Ini ketika beliau hands-on dan bg tips2 berguna kat group kami.

oh..kebetulan daku join group bro Nasa (Snogurt Setia Tropika)
Satu2nya lelaki yg join baking class ni dan lain2 class lg..
Sempat juga Bro Nasa bg resepi Spaghetti Aglio Olio pdku
Resepi yg dipelajari ketika join bengkel western food hanya beberapa bulan sebelum baking class ni..
Rugi betul rasanya tak dpt ikut bengkel tersebut..
Sbb daku peminat tegar pasta, Chicken chop dll..
Thanks a lot to Bro Nasa atas perkongsian yg sgt2 berguna dan sgt bermanfaat untuk daku..
Dengan resepi tersebut daku tlh byk olah resepi sendiri,
sehingga ramai yang asyik memuji dan minta resepi..

Sekitar Bengkel:


Worth it.

Bengkel di anjurkan oleh Oliez Academy dan Moms bake house tmn pulai ape ye lupa pulak..
Sis Siti Zaleha yg menguruskan kemasukan kami  sgt2 friendly

Join bengkel ni sgt2 berbaloi.
Rata2 yg join adalah peniaga2 kek dari rumah.
Yang mmg dah bertapak lama dlm dunia online biz.
Tak kurang juga yg newbie mcm daku (bleh ke guna istilah newbie?)-(n_^)
Tujuan daku join kelas ni bukan untuk meniaga..
Tapi untuk mencari ilmu.
kerana daku sedar, daku tiada bakat langsung dlm pembuatan kek.
jadi ku ingin challenge diri sendiri..
nak belajar dgn mak nampak gayanya hanya kek tradisional saja..

Chef Amer sgt pemurah dlm menyampaikan ilmu.
Banyaak sgt tips yang diberi sehingga kami tak dpt nak hitung..

Gambar kek yg chef dah siap buat ms demo:


Tak ingat pula nama kek2 ni..canggih sgt kot..hehe
ada Black forest cake(resepi asal dari org yg mula2 invent-founder)
non bake cheese cake
baked cheese cake (ni dari negara luar)
dan yg paling digemari - Double Indulgence (= choc indulgence secret recipe)

menurut Chef Amer,
resipi2 di secret recipe adalah resepi yg dia invent.

yang penting ilmu,resipi dan tatacara penyediaannya.
selebihnya hanya terletak pada usaha kita sendiri..

Kelas Chef semuanya hands on,
maksud,1st beliau akan buat demo,
then dia akan suh kita buat pula.
bahan2 disediakan.
seronok. pengalaman yg sgt tak bleh lupa.
mcm kanak2 diberi peralatan play doh..main masak2..kekeke..

YaAllah, ms sapu topping atas kek masing2 tak reti,
bukan main tebal krim sbb tak pandai nak adjust..
beberapa kali jugala bro2 assistant beliau yg dua org tu dtg membantu kami hehehe..
mujur juga mereka sabar dan friendly..

Chef pula sgt2 lucu, penyampaian nya bersahaja,
macam dah lama kenal dgn kami semua,
dan daku rasa chef juga sokong bulan hehehe..
that's the best part..(n_^)

Chef kata,
nak masak apa2 atau bake apa2, 
mesti dimulakan dgn Bismillah, Selawat Atas Nabi, 
dan berinteraksilah dgn bahan2 yg bakal di gunakan..
InshaAllah menjadi lah ia..

Teringat pula emak, setiap kali pun pesan,
kalau masak tu, baca doa makan,
supaya kalau org makan nanti kalau terlupa sekurang2nya kita dh bacakan!
hehe mudah2an..

Sebenanrnya ada byk lg bengkel kek komersial yg menyusul.
tetapi daku tak mampu nak sertai kerana kekangan masa,
tambahan pula masa dihabiskan sehari suntuk disana,
makan solat semua disana. 
dh jadi kebiasaan daku sgt berat tinggalkan suami dan anak2 dihari cuti..
percubaan kali pertama ini berjaya tetapi dgn hati dan fikiran pd suami dan anak2 dirumah..
huhu..apakan daya..
Tapi tahun depan pasti ku akan menggagahkan diri masuk bengkel western food pula!

bengkel ini bagus untuk peniaga online dan untuk penggemar kek secret recipe.
Jika nak join kena rajin2 semak jadual di blog Chef Amer dan Sis Siti Zaleha.(belum ada link)
Bleh try google.

Fee adalah Rm280 untuk 4 jenis kek komersial.
Sijil diberikan lepas tamat kelas dan chef kata kalau nak buka biz n perlukan loan,
just attach skali sijil tu maka inshaAllah mudah dpt.
hehe betul ke chef??

One thing to ponder.
Jgn rasa berat untuk keluarkan duit demi secebis ilmu.
Daku agak terkilan jika terdengar rungutan2 nakal dari kebnyakan org,
mahal sgtla..tak patutla..
sebenarnya ia lebih dari berbaloi..
malah sgt2 membantu lebih2 lg jika kita tiada asas langsung..
Biasanya beliau akan buat bundle class.
sabtu ahad. maka kalau nak join semua kena darab lah dgn bil hari yg nk di ikuti.

Inilah rakan2 menuntut ilmu sy:

datang dari pelusuk semenanjung,
all the way from shah alam ada, melaka, nogori..ada belaka
mereka sgt2 baik dan sgt membantu antara satu sm lain.
tak kurang juga yg buat kelas sendiri kat sudut meja kekeke..
kalau boleh hormatilah guru dan rakan2 lain.
waktu guru mengajar jgn pula kita mengajar juga,
 mmg bagus tetapi sebaiknya buatlah diluar waktu guru sedang bercakap.
kerana rakan2 yg kurang pickup mcm daku ni rasa terganggu sgt..hopefully memahami lah ye..
No offense. just a friendly reminder.



Oh ya Chef ada academy nya sendiri di klang
Jika anda berada disekitar sana lebih baik terus kesana.
Fee adalah sama.
Dan yg paling best, biasanya chef akan masakkan lunch untuk semua studentnya
Ikut rezeki..sbb kelas yg daku pergi ni kelas hari pertama dia sampi, so tak sempat nk prepare lah kot.

Masa suami ambil, ada gurauan yg terluncur:

"dah bleh pakai lah oven kat rumah tu ye?"
haha..

dan Alhamdulillah, kini ku semakin berani dan yakin dlm menyediakan kek.
walaupun masih merangkak2 tetapi sekurang2nya tidakla seperti dulu,
buat muffin tak kembang,sbb pakai tepung buat biskut,
kek bantat atau hangus tp cair kat tgh..
dan next adunan jadi dan kembang tp baling kat dinding bleh berlubang sbb keras ketung..
org makan pun kerut2 muka sbb tak sampai hati nak buang..
kekeke.. macam2 lah..sampai give up nak mencuba..

bila tanya mak sbb apa jadi begitu, maka akan jawab:

"Tula, masa mak buat kek atau masak adik taknak duk sebelah, tengok n perhati,
tapi ko pegi lari jauh2 ."

Aduh..pedih hehe

Apapun:
Allah lebih mengetahui.
Semoga Entri ini bermanfaat.

Dari blog Tazkira Awam : Aurat Wanita?

Gambar ihsan google 1


Aurat Wanita
 Isnin, 20 Julai 2009/27 Rejab 1430 


Aurat wanita . 

Adalah sangat nyata golongan wanita yang tidak mengamalkan menutup aurat seperti tidak bertudung atau berpakaian menutup badan selain dari muka dan tapak tangan, tidak dididik atau diasuh secara didikan Islam yang sangat bertentangan dan melanggar perintah Allah swt. 

Memang agak sukar untuk menasihati mereka ynag sudah biasa sepertimeamkai gaun pendek, seluar jean, baju T berlengan pendek, bertudung tapi menmpakkan rambut dan seumpamanya,dan yang mendedahkan tubuh badan kepada awam. 

Gambar ihsan google 2


Walau bagaimana pun sekiranya mereka telah diberitahu dengan larangan mendedahkan aurat ini semasa kecil atau di masa persekolahan mereka, mereka sepatutnynya mematuhi larangan Allah yang menyebabkan dosa di sisi Allah swt. Di mana ynag terdapat dan mungkin dapat diberikan kesedaran, sama-sama lah kita inegat memperingati tentang laranag ini sebagaimana yang di terangkan dalam al Quran. 


 Gambar ihsan google 3


Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. 

Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, berikut ini beberapa Nas yang berkaitan dengan kewajipan menutup aurat bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. 

1. Nas Pertama "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31} 

 2. Nas Kedua "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59] 

Tambahan - di dalam Tafsir Al-Quran (taip semula)
menjelaskan :

"Adalah perempuan-perempuan masa jahiliyah (sebelum datang agama islam) berpakaian yang tiada terhormat, melainkan sama saja dengan pakaian budak(hamba sahaya) yang perempuan. Setengah laki2 yang kurang sopan suka mengganggu hamba sahaya perempuan di jalan-jalan, yaitu bila ia pergi ke kebun-kebun atau ke ladang, pada malam hari, kadang-kadang mereka mengganggu perempuan yang merdheka(yang terhormat), karena menurut dugaannya ial adalah hamba sahaya juga, karena serupa pakaiannya. Oleh sebab itulah Allah menyuruh perempuan yg merdeka supaya menutup badannya, kepalanya dengan pakaiannya, supaya berbeda dengan hamba sahaya itu. Dengan jalan begini teranglah bahawa ia perempuan yang terhormat, bukan hamba sahaya yang jahat.
Jadi maksud ayat ini adalah supaya perempuan-perempuan yang terhormat memakai pakaian yang terhormat pula. Bukan seperti  pakaian perempuan lacur, supaya ia dikenal org dan tiada diganggu oleh laki-laki yang kurang sopan."

 Gambar ihsan google 4


3. Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar] 1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat. Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja. Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam. 

 Gambar ihsan google 5


Anak mama, Wafa Afiqah, mama doakan anak mama sentiasa dapat melaksanakan perintah Allah.
Tanpa ALASAN. apapun jua, mama hanya mampu mendidik dan berdoa..memohon pd Allah..
Selabihnya dirimu sendiri yang perlu berusaha..
Ingatlah pesan mama..

"Setiap dari dosa2 yang anak perempuan lakukan, akan mengheret ibubapa mu ke NERAKA syg"
jadilah anak yg soleh dan patuh perintah Allah serta jauhi larangannya.

Amiin..

Monday, October 21, 2013

July Babies


 

sekitar sambutan ulangtahun kelahiran ayah..
seronok walaupun simple..




 mama cuma sempat sediakan sebiji kek dan tuna croissant. 
kek ini mmg menjadi kegemaran suami dan anak2..

 terharu..
waktu ini sgt terhad kerana hampir masuk waktu isya'. maka agak kalut disitu.. 
 untuk suamiku..sy wifey/zawjah ucapkn slmt hari ulangtahun kelahiran yg ke 30
juga utk bonda mertuaku yg melahirknmu..


 semoga panjang umur dlm kesihatan dan semoga Allah memberkatimu serta melindungimu didunia dan diakhirat..

Devil's food chocolate cake nama diberi.
Resepi sumber dari blog sis Azlita Aziz.
Thanks sis.Banyak kali buat dah.
nanti akan letak link kat sini.
 




Untuk mak juga adik sempat buatkan sebiji kek yg sepatutnya sedap tp disebabkan guna lemon paste yg tak sedap maka jd tak sedap la cream cheese nya.sedih betul..

Russian Black and White Cake
Sumber dari blog sis Azlita Aziz juga. 
Thanks sis.Later nak letak link.


 wafa hepi dpt tolong mama

 selamat hari lahir mak..
adik syg mak sgt2.
dari kecil dlm perut smpi dah dewasa ni dan ada anak sendiri..
adik tetap syg mak..
sampai akhir hayat adik..
walaupun mak tak baca belog adik ni..
adik tetap doakan yg terbaik buat mak..
semoga Allah sentiasa melindungi mak..
sentiasa merahmati, dan memberikan kesihatan yg baik2 aje dekat mak..



adik doakan mak dikelilingi orang2 yg baik2 yg mampu buat mak tersenyum dan bahagia..
orang kata adik menang..
sebab adik dah anak dua, mak anak satu..haha..lucu..
ape2la mak..dulu masa kecik kalau adik buat salah atau nakal mak mesti marah atau kejar dgn rotan atau cili mulut kalau terlawan ckp mak..

tp lepas tu mak mesti pujuk bgtau yg adikla madu adikla racun
adikla bulan adikla bintang hati mak..
adik je yg mak ada dan mak selalu ingatkan adik bahawasanya jgn kita takut apa jua sekalipun kerana Allah sentiasa bersama kita 



kalau ingat balik masa kecil mesti terharu sgt..
kita tinggal berdua je..
kalau mak hilang kejap mesti adik nangis..
padahal mak saje je sembunyi blakang pintu..
tak baik betul..suka sakat org..haha

ape2pun nostalgia bersama mak sepanjang hayat takkan adik lupakan..
selagi termampu adik akan  balik kg sekerap mungkin untuk tgk mak..
mak oo mak..hehe..adik dah 30 dah..kejap aje rasa masa tu berlalu kan..
mak selalu pesan, pedulikan apa orang nak kata tentang kita, samada didepan atau belakang kita,
lebih2 lagi tentang perkara yang disebabkan oleh salah faham dan lebih teruk lagi bila ia jadi fitnah..
kerana bila kita diam bermaksud kita menang..dari bersikap serupa seperti mereka..
semoga Allah memberikan hidayah keatas kita semua dan mereka jua..
maafkan dan doakan saja yang baik2 agar Allah merahmati kehidupan kita..



mak juga selalu pesan..
jgn duk fikir apa yang org ada..
apa yang kita tiada..
biar papa asal bergaya tiada dlm kamus hidup kita..
berusaha atas apa yg kita inginkan
jauhi org2 yg negatif..
jauhi org2 yg pendusta dan pemfitnah..
kerana sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita..
semoga Allah melindungi kita..

tengok tu keletah si kakak

Akhir sekali..
adik ingat pesan mak..
oleh kerana hidup kita selalu dipandang rendah satu ketika dulu..
mak kata lebih kurang begini;
utamakan pandangann Allah daripada pandangan manusia,
biarlah org nak kata apa pun, 
asalkan kita tidak berbuat kemungkaran..
jgn malukan mak, 
biar lah org pandang rendah pada kita..
atas kekurangan kita..
tapi jgn sesekali kita pandang rendah apatah lg dgn terang2 merendah2kan orglain dgn cara apa sekalipun
kerana dlm diri setiap insan ada hak masing2 yg perlu dihormati..
asalkan tidak berbuat kemungkaran dan melanggar perintah Allah,
maka kita biarkan saja..



Seriously dlm hidup kita mak,
mmg ada raaaamaai sgt org yg selalu ragu2 dengan kemampuan kita
pandang rendah, pandang remeh, pandang serong
tp adik tolak tepi semua tu..
kerana kalau kita terlalu fikir, maka kita takkan kemana..
dan kita terkepung didalam kotak yg sempit,
didalam bilik nan gelap gelita..
betul tak mak?




Terima kasih kerana sudi mengandungkan, melahirkan, mengasuh, mendidik, dan menjaga keseluruhan kehidupan adik sampai tahap ini..
Hanya Allah lah yg mampu membalasnya..

Terima kasih juga kerana tak putus mendoakan kejayaan adik dunia akhirat.
Sekitar HAri Konvokesyen UiTM tahun 2007
Bachelor's Degree in Civil Engineering (Hons)


Selamat hari lahir ke 64 tahun!





 

Lambaian kaabah buat kali kedua


2nd oct 2013. tarikh berangkat untuk mak abah mertua kesayangan menunaikan haji buat kali kedua

Wednesday, October 16, 2013

Salam AidilAdha 1434H



10 zulhijjah 1434H 
tahun ini tahun mak n abah suami menunaikan haji buat kali kedua..

adik perempuan suami telahpun mula bekerja di PROTON Bhd. Shah Alam selesai tamat degree di UIA. takde cuti so dia tak balik beraya. raya diperantauan katanya..hehe
adik lelakinya saja yg tinggal sorang2 kat rumah sempena mid-term break UTM.

sebelum ini seperti biasa setiap tahun kami akan tunggu suami selesai solat hari raya dan santai2 rumah mertua, lepas zohor barulah bertolak pulang ke kg.
memandangkan mertua takde maka kami pulang lebih awal sesudah solat dan hantarkan makanan untuk si adik. kesian pula dia sorang2 kat rumah kan..

sebelum keluar, sempat lagi setting kamera untuk family photoshoot.
kami memnag suka bergambar..
meriah betul kalau bergambar dgn anak2 yg ligat bergerak..


tu yang macam2 gaya ada..ada yg proper sangat mcm ni:
 

ada yg tak sempat tgk kamera:
 

ada yg frust sbb lambat sgt nak click sampai si kecil cabut lari:
 

at last, tak kisah dah la nak gambar macamana pun..letih nak bagi gambar proper..:
 

kekeke..anak2 mama sgt lucu..
apapun semoga ini dpt menjadi kenangan dimasa depan..
semoga anak2 mama tak lupa pada mama ayah ye..

Tuesday, October 8, 2013

Anak-anakku..

Anak2 mama..tahun 2013 ini..di entri ini..mama telah melakukan perubahan pada persekitaran blog mama..mama telah mengubahnya mengikut peredaran masa dan pertambahan pada umur dan kematangan mama..

episod2 yg lalu..adalah entri2 zaman muda mama..yang mana mama tinggalkan untuk dijadikan hiburan lucu buat anak2 mama..pasti kalian tertawa melihat gaya penulisan mama..yang mana, sehingga ke saat ini..mama masih rasa segan untuk membaca semula...(n_^)

anak2 mama..sebenarnya mama cukup risau..tersangat risau..dengan kemajuan teknologi yg ada masa kini..membuatkan mama rasa mama patut mendahului segala macam teknologi sebelum kalian..

mama hanya mampu mendidik kalian, lantas berdoa, dan berdoa..lalu bertawakkal hanya kepada Allah atas segala percaturan dan perjalanan hidup kalian..semoga usaha mama ayah mampu menjadikan kalian anak2 yang di rahmati Allah..diberkati dan dilindungi seumur hidupmu..

Jadilah anak yang menjadi penyejuk mata kepada mama ayah..anak yg soleh dan solehah dan berjaya didunia dan akhirat dari pandangan Allah...

ingat pesan mama..

"Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia"

kerana, hanya dengan keredhaan Allah sahaja lah kehidupan kita akan menjadi sempurna dan bahagia..

bila kalian tidak lupa pada Allah..pastinya kalian tidak akan lupa pada mama ayah..walau dimana jua kalian berada..