Kadangkala kita lupa.
Siapa kita untuk menilai orang.
Nilaian kita belum tentu tepat.
Kerana bukan kita yg berada ditempat orang.
Kadangkala ku tidak mengerti.
Mengapa masih ada insan yg gemar menggali kisah silam orang.
Apakah kamu mengerti apa yang terjadi?
Maka sentiasa beringatlah.
Jika sekalipun kita sudah berubah.
Jangan terkejut jika ada insan2 yang masih ditakuk lama.
Masih mencari2 keburukan kita dari masa silam.
masih menyebut2 seperti kita tiada harga diri lagi.
Dan..disitulah kita akan ketahui.
Dimana tahapnya ketahanan kita.
Maka.Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.
Abaikanlah mereka seperti debu2 pasir yang berterbangan.
Seperti buih2 ombak ombak yang menghempas pantai.
Maafkanlah mereka.
Doakanlah mereka.
Agar mereka mampu untuk berubah dan sentiasa dalam lindunganNYA.
Salam. Mohon copy kata2 di atas. Semoga bermanfaat utk dikongsi buat rakan taulan di luar sana. Terima kasih
ReplyDelete