gambar ihsan google - tak tahu siapa designer nya..
Tertarik dengan entry blog adik ini.
Apa yang di tulis sama dengan apa yang daku fikirkan..
So akak minta izin copy paste ye dik;
( Hari ini sangat penat. Hari -hari pun penat)
Bismillah.
Dewasa ini, kalau kita berjalan-jalan di mana-mana sahaja pasti kita
akan terlihat pelbagai gaya pakaian yang dipakai. Kalau yang bukan Islam
itu tidak kisahlah kerana mungkin mereka tidak mengetahui berkenaan
AURAT. Tetapi yang beragama ISLAM ini, dedah sana dedah ini.
Umumnya
mengetahui bahawa mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim(khalayak
ramai) itu berdosa dan haram. Jadi, kalau buat, maka dosa akan
bertambah. Bila dosa bertambah, maka peratus untuk masuk NERAKA itu
tinggi. Tetapi yang peliknya, bila ditanya "Awak nak masuk Syurga ke
Neraka?" Jawap si dia " Mestillah Syurga.:" Dan bila ditanya " Apa awak
buat untuk masuk Syurga?" Terkebil-terkebil kebil pulak nak jawap.
Aiyaaa..
Huh? Tak faham lagi ke?
Macam ini la.
Ada
seorang budak nama Ali, dia nak makan burger Kak Limah. Tapi Ali tak
mahu keluar rumah nak pergi kedai Kak Limah. Adakah burger itu akan
datang bergolek kepada Ali? Tidak bukan!
Macam
itu dengan Syurga, kalau hendak Syurga, jadi kita cari jalan macam mana
nak masuk Syurga. Nak nak Syurga pun tak apa. Allah itu Maha Adil.
Kalau orang itu tidak mahu Syurga, Allah kasi Neraka. Adilkan Allah?
Tapi kena ingat Neraka ini untuk mereka yang mengingkari perintah Allah,
kan? kan? Rasa macam Ustaz Amir la pulak. Hehehe!
Kalau
berbincang pasal AURAT ini memang tak habis lah sebab pemikiran rakyat
Malaysia(orang Islam) kita yang kononnya bijaksana serta berwawasan
serta pemikiran maju ke depan ini sukar hendak terima bahawa aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan serta muka dan aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut.
Tapi itulah kalau kita cakap apa-apa pun mereka yang dangkal ini pasti
akan menegakkan benang yang basah. Allah cakap jangan dedah aurat,
jangan dedah ler. Ini tidak, makin tunjuk adalah.
Tetapi
aku memang tabik(songsang) la dengan mereka yang berani mendedahkan
aurat sebab mereka ini beraninakmampus melawan kalam Allah. Apatah kali
nasihat manusia yang hina dan dina seperti aku ini. Lagi la tak makan
saman. Ok! Meh kita tengok syarat-syarat dan peraturan yang mesti
korang(yang suka buka aurat) ikut sentiasa.
Syarat- Syarat.
1. Jangan hidup di bumi dan alam cakerawala Allah.
2. Badan mestilah kalis api Neraka yang panasnya tidak terperit.
3. Sila cari Tuhan lain selain Allah kalau ada. ( Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)
Peraturan.
1. Mestilah berbogel. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
2. Jangan membeli pakaian untuk menutup badan. Bakar semua pakaian.
3. Jangan jejak kaki di alam ini.
Jeng
jeng. Itu ke lah syarat dan peraturannya. Kalau korang rasa mudah, sila
ikutlah. Aku tak cakap yang korang mesti ikut tetapi itulah peraturan.
Aku tidak menyalahkan sepenuhnya mereka yang membuka aurat mungkin
kerana belum sampai lagi hidayah kepada mereka. Mungkin salah mak
bapak.(memang pun!)
"
Ya Allah, hamba memohon kepadaMU. Berikanlah hidayah dan petunjuk dalam
jiwa-jiwa kami agar kami sentiasa mengikuti suruhanMu dan meninggalkan
laranganMu."
Aku
harap sesangat mereka yang suka mendedahkan aurat ini kembali ke jalan
yang benar agar suasana masyarakat kita ini benar-benar membuktikan gaya
perpakain orang Islam. Aku hairan la kenapa orang Melayu mudah sangat
terikut gaya berpakaian dan perangai orang bukan Islam di tempat aku dan
dimana mana sahajalah. Tapi orang bukan Islam tak pun terikut dengan
kita (sifat orang Islam).
" Ya Allah, kau tabahkanlah jiwaku menghadapi dugaanmu"
Jadi,
kalau rasa diri hendak membuka aurat sila ikut syarat itu ye. Kalau
rasa syarat dan peraturan itu ketat sangat, jadi tak usahlah membuka
aurat kan senang...
Nota fikiran:
- Apa motif perempuan pakai baju nipis lepas itu nampak bra warna biru???
- Tak boleh ke kalau bermain bola sepak pakai seluar pendek lepas lutut????
- Tak boleh ke ikut hukum Allah?
- Siapa kita nak lawan Allah? Ada kuasa ke kita?
- Kalau yang jahil, kita bagitahu tetapi yang bodoh sombong??? Macam mana?
- Perempuan zaman sekarang berlagak nak mampus terutama yang remaja di tempat aku la. Tak semua.
-
Kalau aku renung buah dada gadis yang berpakaian seksi yang
mampustempahneraka patut ke aku yang bersalah? Kalau aku dapat tahan tak
apa lah, ini susah ler. Tapi yang hairan lelaki yang dipersalahkan.
Dunia
oh dunia. Walaupun zaman sekarang sudah maju, manusia makin mundur.
Suka benar menegakkan benang yang basah. Hendak kata bodoh tidak, tetapi
bukankah bodoh kalau begitu???
Nota:
Aku tulis sebab aku nak menulis. Kalau ada terkasar bahawa, maafkanlah
aku dan aku tahu bahawa blog bukan tempat untuk berdakwah tetapi ia
sekadar catatan dan nasihat untuk orang yang tidak mengetahui.
Nabi ada bersabda " Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"
Kalau aku tak nasihat orang yang Jahil ni tentu aku akan masuk Neraka sebab aku pun ada tugas berdakwah.