monolog hamba-NYA

My photo
Seorang Hamba Allah dimuka bumi. Mom of 2 kids. A wife. A single daughter. An Engineer to a specialist contractor co. Semoga kita semua selamat melayari hidup ini dengan REDHA-NYA.

Friday, October 1, 2010

hari raya hampir berlalu pergi..uhuk

salam hari raya..


lamanya rasa tak menjenguk belog ku yang udah bersawang nih..haih..
minggu ni raya sudah masuk minggu ke empat..sekejap rasanya masa berlalu begitu pantas..entah kenapa rasanya ramadhan lebih meriah dari syawal..maksud aku, kemeriahan malam..tiada lagi kemeriahan masjid2 dengan tarawih, tiada lagi kemeriahan kampung2 dengan pelita dan bunga api..


Tahun ini, pertama kalinya kami main bunga api bersama sikecil..tahun lepas, sikecil masih didalam hari, jadi tak banyak benda yang aku boleh lakukan bersama hubby dan sikecil....keluar rumah waktu malam? oh tidak mungkin..baru keluar tengok hubby pasang pelita, dah kena tegur ngan mak..hehehe...apapun..tempoh berpantang mmg mencabar buat aku..pun begitu..keseronokannya melebihi segala..hehehe...tahun ni..sikecil udah besar..macam2 benda yang dia dah pandai termasuk berjalan..bila melihat keadaan sikecil..terbayangkan keadaan aku waktu kecil2 dulu..pasti begitu juga adanya..tambahan lagi dikuatkan dengan saksi2 seperti makcik2 ku hehehe..terasa lucu pula..


Wafa Afiqah Mohd Fairuz, untuk hari ini, usia nya mencecah 1tahun 1bulan setengah..hmm begitu pantas masa berlalu..setiap hari memerhati perkembangannya sedikit demi sedikit..indah rupanya memiliki anak..seronok, letih, suka duka, asam garam penyedap rasa..rasanya tidur kami tidak sekualiti dizaman bujang, Ya Allah, jika kuimbas kembali..aku rasa akulah kaki tidur tegar..sanggup ponteng kelas hanya kerana mengantuk..hehe..begitu juga incik hubby..dua kali lima..hehehe..

oke..sambung di lain waktu..itupun jika berkesempatan meng"update"kan belog ni..(n_^)v

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen yang mampu membina..
Semoga bermanfaat untuk semua..

Jom Istighfar:Astaghfirullah-al-Aziim.