monolog hamba-NYA

My photo
Seorang Hamba Allah dimuka bumi. Mom of 2 kids. A wife. A single daughter. An Engineer to a specialist contractor co. Semoga kita semua selamat melayari hidup ini dengan REDHA-NYA.

Tuesday, June 15, 2010

"rindukan chicken chop kat zie's corner kuala terengganu..ya rabbi sedap gilerrrrrr....the chicken was very tender n soft, coated with crispy breadcrumb, the fries was great, the coleslaw and the most awesome part is the gravy blackpepper sauce!! craving for it again n again..pendek kata perrrfectt lah!! (tekak aku ler) bila la nak g sana lg ni huhuhuhuhu..nyumsss"


ni lah dia rupa dia...huhu rindu n dah jatuh cinta pandang pertama oohhh tidakk!


Friday, June 4, 2010

untuk bacaan bersama~

Soal Jawab Agama: Kemusnahan Yahudi bukan sekadar teori


2010/06/04

Usaha jatuhkan Israel seperti disebut dalam al-Quran akan dicapai jika dunia Islam bersatu

BOLEHKAH diterangkan mengenai kewujudan Haikal Sulaiman yang berada di bawah tapak Masjid Al-Aqsa dan berita mengenai kemusnahan kaum Yahudi dan kerajaan Israel pada 2022. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu. Harap dapat penjelasan.
(azriamin@yahoo.com)
HAIKAL adalah sebuah tempat ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS untuk bermunajat kepada Allah SWT di samping istananya yang hebat pada ketika itu. Buku sejarah Lubnan menyebut mengenai pembinaan itu dengan bantuan masyarakat kaum Kan’an (penduduk Baitulmaqdis ketika itu).

Ada yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah mihrab (tempat munajat) yang mempunyai kedalaman sepuluh hasta dan lebar di kiri dan kanan hanya lima hasta. Sejarah tidak dapat memastikan tempat dan bentuk yang tepat bagi haikal itu.

Seorang paderi Kristian (Bost Gorge) di dalam kitabnya menyebut bahawa ia terletak di pintu masuk Bandar Khalil (Baitulmaqdis) yang disebut dengan nama ‘Mihrab Daud’. Apa yang jelas ialah tempat yang menjadi tapak haikal itu, bukan di bawah binaan Masjid Al-Aqsa sekarang seperti dakwaan orang Yahudi.

Dakwaan orang Yahudi adalah palsu berdasarkan fakta di bawah:
  • Sebenarnya tiada satu kesan walaupun sebuah binaan kecil yang menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman pernah membina haikal di tapak Masjid Al-Aqsa. Semuanya musnah selepas serangan Raja Babylon (Bokhtansar) pada tahun 589 sebelum kelahiran Nabi Isa AS iaitu 300 tahun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj adalah janji Allah SWT yang menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke sana dan al-Quran sendiri menyebut masjid bukannya haikal. (Masjidul Aqsa).
  • Nabi Ibrahim juga beragama Islam seperti yang jelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 67 bermaksud: “Tidaklah Ibrahim itu Yahudi atau Nasrani, tetapi adalah seorang Islam”.
  • Al-Quran mula dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA dan Kitab Taurat orang Yahudi hanya ditulis selepas 800 tahun kewafatan Nabi Musa AS. Ini menunjukkan bahawa Taurat amat terdedah kepada penyelewengan dan penipuan.


Kesimpulannya, orang Yahudi tidak boleh mendakwa bahawa bumi Palestin dan Baitulmaqdis sebagai milik mereka kerana Nabi Ibrahim AS sudah datang ke sana sejak 1805 sebelum kelahiran Nabi Isa AS.

Tujuan dakwaan berkenaan hanya untuk menghalalkan pencerobohan mereka terhadap tempat suci umat Islam itu.

Mengenai kemusnahan Yahudi dan kerajaan Israel pada tahun 2022, tidak dapat dipastikan. Semuanya mengikut pendapat sesetengah pihak yang meneliti dan merumuskan bahawa tertegaknya kerajaan Israel adalah permulaan kepada kemusnahan mereka.

al-Quran menerangkan mengenai berlakunya kemusnahan mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kami tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab bahawa mereka akan melakukan kerosakan di atas bumi ini sebanyak dua kali dan menunjukkan sifat sombong. Maka apabila datang saat hukuman bagi kejahatan pertama, kami datangkan hamba-hamba yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung.

“Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, maka kami akan membantumu dengan harta dan anak-anak dalam sekala yang besar. Jika kamu berbuat baik, maka ia untuk dirimu sendiri. Begitu juga dengan kejahatan. Apabila datang saat hukuman yang kedua, maka kami bangkitkan musuhmu untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam Masjid Aqsa sebagaimana ketika masuk kali pertama dulu dan membinasakan apa saja yang mereka kuasai.’ (Surah Al-Isra’ ayat 4 – 7).

Hukuman yang pertama sudah berlaku sebelum turunnya al-Quran berdasarkan ayat ke 5 bahawa mereka sudah dihancurkan oleh Babylon (Bokhtansar). (‘Itu adalah ketetapan yang pasti terlaksana’). Hukuman kedua adalah bermula tertegaknya kerajaan Israel pada 1948 kerana al-Quran menyatakan selepas kedatangan mereka secara beramai-ramai.

Firman Allah SWT: “Dan setelah itu kami berfirman kepada Bani Israel. Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila datang masa yang ditentukan, kamu akan dilumpuhkan secara beramai-ramai”. (Al-Isra’ 104).

Ini jelas apabila mereka semakin ramai berkumpul di sekitar kota Baitulmaqdis ketika hampir masa kemusnahan mereka. Ayat menyebut mereka akan dimusnahkan oleh tentera yang kuat. Namun demikian bilakah kemusnahan itu, tidak dapat diteka.

Teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun juga tidak boleh dipandang remeh kerana sejak penubuhan negara haram Israel - 1948 sehingga 2022 adalah jangka hayat selama 74 tahun.

Pimpinan Israel juga menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi mereka sehingga 40 tahun seperti yang dinaskan di dalam Kitab Taurat ciptaan mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 (1982 + 40 = 2022). (Muhammad Ibrahim Mustafa-Penganalisis mengenai masa depan kerajaan Israel).

Ada juga teori kebetulan yang disebut mengenai bilangan jumlah huruf dari ayat 2 surah Isra’ hingga ayat 104 berjumlah 1443. Jika dikaitkan dengan 1443 hijrah, maka ia bersamaan 2022 masehi. Namun demikian, ia adalah teori yang tidak akan dapat dicapai sekiranya umat Islam dan dunia Arab masih lagi bercakaran antara satu sama lain dan mementingkan kedudukan dunia.

Bagi umat Islam, mereka mestilah yakin dengan ayat-ayat Allah SWT dan terus berusaha melaksanakan syariat Allah seterusnya melemahkan musuh Allah yang utama di atas bumi ini. Firman Allah SWT: “Kamu akan dapati mereka yang paling benci kepada orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang syirik dengan Allah SWT”. (Surah Al-Maidah 82).

Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui emel zaman@nstp.com.my

p/s: petikan artikel dari berita harian online

Ummah wajar bersatu halang kezaliman, keangkuhan musuh Islam

MUTAKHIR ini, Islam bukan saja diperangi secara fizikal malah segenap penjuru yang ada. Perosak umat Islam sentiasa menunggu masa untuk merapuhkan pegangan terhadap akidah yang tidak boleh dikongsi ini, kerana mereka tahu banyak ruang yang ada untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam beragama.


Tragedi terbaru yang menimpa aktivis pro-Palestin dalam misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah bukti kezaliman rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang memperjuangkan hak asasi manusia sedunia, yang bukan dimiliki oleh kaum atau bangsa tertentu saja, sebaliknya turut dikongsi seluruh manusia di dunia.
Walaupun ia tidak semestinya memerangi individu Muslim, keganasan yang dilakukan jelas menunjukkan kebencian pengganas antarabangsa berkenaan terhadap warga Palestin yang sedang dibangunkan semula di Gaza.
Undang-undang antarabangsa hak asasi manusia bermatlamat supaya setiap manusia selamat daripada sengsara peperangan. Ia juga bertujuan mengembalikan keyakinan mereka terhadap jaminan hak yang asas kepada setiap individu serta memelihara keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Kegagalan untuk mematuhi garis panduan global ini sedikit sebanyak berpunca daripada sikap berat sebelah pihak berkuasa yang memandang ringan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam dan sekutunya.

Jelas, pelbagai konvensyen dan peruntukan undang-undang sedia ada harus dinilai semula sekiranya wujud keraguan mengenai keberkesanan pelaksanaannya yang tidak memberi untung kepada negara yang menyokong keamanan.

Bagi umat Islam, setiap keganasan adalah kesalahan dan wajib dihapuskan. Tidak ada istilah keganasan sesama makhluk yang diiktiraf oleh mana-mana agama, hatta karma alam sekali pun. Sebab itulah kanun antarabangsa dirangka untuk menterjemahkan pemeliharaan hubungan baik antara negara di dunia seperti diperintah agama.
Malangnya tidak semua patuh kepada undang-undang. Justeru, sebagai individu Muslim yang menyintai kebenaran dan keamanan, setiap antara kita wajib membuat persediaan dan meneguhkan keupayaan dengan segala kekuatan yang ada.

Paling utama, semua harus dilakukan dengan penuh keikhlasan supaya balasannya sempurna seperti dijanjikan oleh Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 60 yang mafhumnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)
segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

Sudah tentu tidak cukup sekadar menentang keganasan dengan hati. Sudahlah lemah dan berpecah belah kerana umat Islam tidak selalunya meraikan perbezaan fikrah sebagai rahmat, wujud orde Islam yang tidak bersungguh-sungguh menentang keganasan terhadap negara Islam lain.

Inilah yang menjadikan usaha dan agenda umat Islam sentiasa dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat dan negara Palestin serta aktivis pengaman jelas menunjukkan hal yang demikian. Peliknya, dunia hanya memandang sepi atas apa yang berlaku di bumi Palestin.

Dalam menghadap kemelut ini, umat Islam perlu menyatupadukan pemikiran, sokongan moral dan material yang tidak berbelah bahagi. Kita tidak boleh berdiam diri di atas apa yang dilakukan puak pelampau terhadap Palestin dan aktivis kemanusiaan.

Apatah lagi puak Zionis sendiri tidak pernah melupakan hasrat untuk menakluk dan menguasai dunia dengan kekejamannya. Sekurang-kurangnya dengan berdoa kepada Allah SWT, semua kekejaman ini dapat dihentikan dengan segera dan tidak akan berulang pada masa akan datang.

Firman Allah yang bermaksud “Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu kerjakan.” (Surah As-Saffat, ayat 39)

Penulis ialah pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom

p/s: artikel di petik dari berita harian online