monolog hamba-NYA

My photo
Seorang Hamba Allah dimuka bumi. Mom of 2 kids. A wife. A single daughter. An Engineer to a specialist contractor co. Semoga kita semua selamat melayari hidup ini dengan REDHA-NYA.

Wednesday, June 25, 2014

Muhammad Muaz Muqri Is 2!

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Muaz Muqri..
Allah selamatkan kamu..

Happy Birthday to you...
Happy birthday to you..
Happy Birthday To Muaz..
Happy birthday to you!

Dalam banyak2 lagu dalam dunia ini..
Dalam bahasa apa pun jua..
Nyanyian hari lahir tetap popular dan hampir semua orang hafalkannya.
Betul kan?


Semoga Allah melindungimu duhai anak..
Mama ayah takkan mampu untuk menjagamu sepanjang masa..
Walau kamu berada disisi,
tetap hanya pada Allah lah tempat bergantungnya kita semua..


Semoga Allah memeliharamu setiap masa,
Dijauhkan dari perkara2 yg membahayakan,
dan daripada anasir2 jahat..
dan daripada api neraka..
dan daripada kesakitan dan kesengsaraan..
Semoga Allah memberikan kesihatan yg terbaik buatmu..
Semoga kamu mematuhi segala suruhan dan larangan Allah..
Semoga kamu berjaya didunia dan diakhirat dengan iman..
Semoga kamu hidup dan mati didalam iman..
Dan semoga Allah jauhkan kamu dari segala macam jenis kemaksiatan..


Kalau nak ditulis..rasanya tak cukup page ni mama nak tulis doa2 mama buatmu anak..
Mama sekadar ingin kamu tahu betapa mama dan ayah terlalu menyayangimu dan kakak..
 Semoga kamu membesar dengan pimpinan dan rahmat dari Allah..
Semoga kamu tidak akan pernah tersesat dari jalan Allah..
Mama ayah terlalu takut dan risau akan dunia akhir zaman ini..
Hanya doa dan didikan yg mampu kami berikan buatmu..


Kerana sayang, mama gagahkan diri shopping bahan kek dan belon pada siang 11 jun 2014.
mama mulakan proses membaking kek untuk sambutan kecil2an hari lahirmu..
selewat jam 12 malam.
Siap baking jam 2.30 pagi.. sambil menunggu kek sejuk untuk disimpan,
mama preparekan semampu mungkin untuk backdrop photocorner..
terhad..hanya A4 paper dan inkjet printer yang ada..
Semuanya persediaan last minit.
Kerana sebelumnya mama diserang sakit telinga yang kritikal..
mama berdoa pada Allah moga mama diberikan kekuatan..
 Alhamdulillah..
Selesai dengan rasa puas hati yang teeeeerrramat sangat..
Walau simple mimple tetapi cukup untuk membuatkan semua orang happy..


Dan..
kakak punya frozen brownies tak ketinggalan..
kakak sampai merajuk dengan mama sebab dia nak kek yg sama macam muaz..
susah betul pujuk kakak..
Nanti besar..muaz mesti jaga kakak baik2 penuh kasih sayang ok..
kakak banyak berkorban perasaan demi adik tau sayang..


Semua orang sayang kamu..
Selamat hari lahir yang ke 2 tahun!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen yang mampu membina..
Semoga bermanfaat untuk semua..

Jom Istighfar:Astaghfirullah-al-Aziim.