monolog hamba-NYA

My photo
Seorang Hamba Allah dimuka bumi. Mom of 2 kids. A wife. A single daughter. An Engineer to a specialist contractor co. Semoga kita semua selamat melayari hidup ini dengan REDHA-NYA.

Monday, October 21, 2013

July Babies


 

sekitar sambutan ulangtahun kelahiran ayah..
seronok walaupun simple..




 mama cuma sempat sediakan sebiji kek dan tuna croissant. 
kek ini mmg menjadi kegemaran suami dan anak2..

 terharu..
waktu ini sgt terhad kerana hampir masuk waktu isya'. maka agak kalut disitu.. 
 untuk suamiku..sy wifey/zawjah ucapkn slmt hari ulangtahun kelahiran yg ke 30
juga utk bonda mertuaku yg melahirknmu..


 semoga panjang umur dlm kesihatan dan semoga Allah memberkatimu serta melindungimu didunia dan diakhirat..

Devil's food chocolate cake nama diberi.
Resepi sumber dari blog sis Azlita Aziz.
Thanks sis.Banyak kali buat dah.
nanti akan letak link kat sini.
 




Untuk mak juga adik sempat buatkan sebiji kek yg sepatutnya sedap tp disebabkan guna lemon paste yg tak sedap maka jd tak sedap la cream cheese nya.sedih betul..

Russian Black and White Cake
Sumber dari blog sis Azlita Aziz juga. 
Thanks sis.Later nak letak link.


 wafa hepi dpt tolong mama

 selamat hari lahir mak..
adik syg mak sgt2.
dari kecil dlm perut smpi dah dewasa ni dan ada anak sendiri..
adik tetap syg mak..
sampai akhir hayat adik..
walaupun mak tak baca belog adik ni..
adik tetap doakan yg terbaik buat mak..
semoga Allah sentiasa melindungi mak..
sentiasa merahmati, dan memberikan kesihatan yg baik2 aje dekat mak..



adik doakan mak dikelilingi orang2 yg baik2 yg mampu buat mak tersenyum dan bahagia..
orang kata adik menang..
sebab adik dah anak dua, mak anak satu..haha..lucu..
ape2la mak..dulu masa kecik kalau adik buat salah atau nakal mak mesti marah atau kejar dgn rotan atau cili mulut kalau terlawan ckp mak..

tp lepas tu mak mesti pujuk bgtau yg adikla madu adikla racun
adikla bulan adikla bintang hati mak..
adik je yg mak ada dan mak selalu ingatkan adik bahawasanya jgn kita takut apa jua sekalipun kerana Allah sentiasa bersama kita 



kalau ingat balik masa kecil mesti terharu sgt..
kita tinggal berdua je..
kalau mak hilang kejap mesti adik nangis..
padahal mak saje je sembunyi blakang pintu..
tak baik betul..suka sakat org..haha

ape2pun nostalgia bersama mak sepanjang hayat takkan adik lupakan..
selagi termampu adik akan  balik kg sekerap mungkin untuk tgk mak..
mak oo mak..hehe..adik dah 30 dah..kejap aje rasa masa tu berlalu kan..
mak selalu pesan, pedulikan apa orang nak kata tentang kita, samada didepan atau belakang kita,
lebih2 lagi tentang perkara yang disebabkan oleh salah faham dan lebih teruk lagi bila ia jadi fitnah..
kerana bila kita diam bermaksud kita menang..dari bersikap serupa seperti mereka..
semoga Allah memberikan hidayah keatas kita semua dan mereka jua..
maafkan dan doakan saja yang baik2 agar Allah merahmati kehidupan kita..



mak juga selalu pesan..
jgn duk fikir apa yang org ada..
apa yang kita tiada..
biar papa asal bergaya tiada dlm kamus hidup kita..
berusaha atas apa yg kita inginkan
jauhi org2 yg negatif..
jauhi org2 yg pendusta dan pemfitnah..
kerana sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita..
semoga Allah melindungi kita..

tengok tu keletah si kakak

Akhir sekali..
adik ingat pesan mak..
oleh kerana hidup kita selalu dipandang rendah satu ketika dulu..
mak kata lebih kurang begini;
utamakan pandangann Allah daripada pandangan manusia,
biarlah org nak kata apa pun, 
asalkan kita tidak berbuat kemungkaran..
jgn malukan mak, 
biar lah org pandang rendah pada kita..
atas kekurangan kita..
tapi jgn sesekali kita pandang rendah apatah lg dgn terang2 merendah2kan orglain dgn cara apa sekalipun
kerana dlm diri setiap insan ada hak masing2 yg perlu dihormati..
asalkan tidak berbuat kemungkaran dan melanggar perintah Allah,
maka kita biarkan saja..



Seriously dlm hidup kita mak,
mmg ada raaaamaai sgt org yg selalu ragu2 dengan kemampuan kita
pandang rendah, pandang remeh, pandang serong
tp adik tolak tepi semua tu..
kerana kalau kita terlalu fikir, maka kita takkan kemana..
dan kita terkepung didalam kotak yg sempit,
didalam bilik nan gelap gelita..
betul tak mak?




Terima kasih kerana sudi mengandungkan, melahirkan, mengasuh, mendidik, dan menjaga keseluruhan kehidupan adik sampai tahap ini..
Hanya Allah lah yg mampu membalasnya..

Terima kasih juga kerana tak putus mendoakan kejayaan adik dunia akhirat.
Sekitar HAri Konvokesyen UiTM tahun 2007
Bachelor's Degree in Civil Engineering (Hons)


Selamat hari lahir ke 64 tahun!





 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen yang mampu membina..
Semoga bermanfaat untuk semua..

Jom Istighfar:Astaghfirullah-al-Aziim.