Ahad, 21hb jun 09.
Majlis perkahwinan Sahamir a.k.a BOY dan Kalsom a.k.a CHOM telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Felda Lok Heng Barat (tak igt la pulak barat ke timur..huhu) kami berkonvoi dari pasir gudang seramai 5orang kesemuanya ye rakan2 sekalian bertolak jam 11.30 kurang lebih sebaik sahaja masuk waktu zohor kami pun sampai dengan jayanya di masjid berdekatan rumah pengantin lelakinye setelah kami bersolat bersama2 membuntuti imam kami pun pergi kerumah pengantin dengan perut yg berlagu irama dangdut + pop yeyeh walhal kami dah pun membedal sarapan yg layak dikira sebagai makan tengahari kerana telah lewat bangun dari pembaringan sebelum bertolak tadi sesampainya kami disana kami terus menuju ke meja buffet dan memborong segala santapan yang telah disediakan dan mencapai air sirap ais orang kawen yang sememangnya sukar untuk disangkal kesedapannya (kalau minum kat rumah sendiri kompom tak sedap) yang penting kenduri kawen pasti sedap lah kami pun makan sambil menunggu ketibaan yang berhormat tuan haji sahamir saadun bersama pasangannya tuan puteri inseniorita kalsom ismail yang berjanji akan tiba dari rumah bersanggah jam 2petang tetapi jarum panjang jam sudah berada di angka 3 pada waktu itu wah lewat lima belas minit rupanya akhirnya setelah menunggu dengan sabarnya kami pun pukol gambar ini
inilah dia rupa gadis-gadis yang telah menjadi rebutan para jejaka dibawah ini sehingga berlaku insiden tayang body versi cekak pinggang bajet macho la tu masing-masing walhal bodyguard terhormat je tu ish ish ish
adik manis mau pigi mana mari abang jual minyak merah ada hijau juga ada
sejurus kemudian kami pun terdengar paluan kompang kepak kepung menandakan pengantin sedang berarak wah kami nmpk kelibat makhluk berdua itu sangat segak dan anggun sekali berbaju warna apa ya kami pun tak pasti tengoklah sendiri ni ha
maaflah kualiti gambar kurang bagus kerana jurukamera yang bernama faizah a.k.a al-hafiz belum cukup matang untuk mengendalikan sebuah kamera digital hah kalau dah tau tolong bagitau kami apakah warna ini ya
setelah itu kami pun beranggapan mereka akan terus duduk bersanding di atas pelamin walhal kami tidak tahu bahawasanya sang pengantin rupanya sudah tidak sabar2 lagi untuk makan mungkin kerana kebuluran yang teramat ye tak mengapa kami benarkan saja makanlah nak kesian kami tengok nye ha pulut kuning dah depan mate apa lagi ngap le
korang pekena la pulut kuning tu maaflah yang lain kami dah bedal daa tengok ni gambar tanpa kualiti lagi yang dipukol oleh kanak2 riang ini ish ish ish
setelah membedal segala yg ada diatas meja maka mereka pun berdedai-dedailah mencari kami yang kiut miut ni untuk pukol gambar barang sekeping dua almaklumlah kami ni orang popular + glamer terlampau kan kan kan pengantin kann
dibelakang sana tengok la tu aksi pengantin lelaki yang terlupa sudah untuk bersanding bila sudah jumpa kawan2 sebantal setilam gitulah jadiknye ish ish ish nasib baik pengantin perempuan beraksi dengan sopannye bersama-sama 3 orang gadis kiut miut yang tak berapa nak gadis ni sengaja di highlight kan warna merah disitu ye untuk lebih perhatian ramai untuk afundi
setelah berpoya-poya barulah mereka naik kerumah untuk menjadi raja se-jam dengan jayanya
kata-kata encik pae selamat pengantin baru kepada chom+boy selamat pengantin lama untuk efa+awey selamat pengantin lagi lamer + selamat jadi pa+ma kepada nisak+feruz selamat pengantin lagi lagi lamer giler + tahniah dah jadi ibu+ayah tuk eja+suaminya dan akhir sekali dari aku tuk kau pae selamat bakal pengantin tahun 2010 aci tak? aci tak? aci je la ye yang mana adil ko tak dapat ucapan kan kan
akhir sekali setelah penat menaip penulis entry sekali lagi ingin menegaskan bahawa penulis entry ini nampaknya gagal memangku bayi dengan betul yer mungkin betul tapi kurang tepat bahasa jawanya inaccurate yer tengokla tu keshian baby haris sampai terkejang tangannya sambil menayangkan muka kompius dek terlalu takut dengan skill yang cuba ditunjukkan oleh penulis ish ish ish
tamat noktah
p/s penulisan kali ini tiada tanda koma mahupun noktah yer ini kerana penulis sedang mengalami kekejangan jari jemari bulat2nya
bini sapa ni...
ReplyDeletekehkeh..bini encik ler..encik bertangunggjawab terhadap dia..
ReplyDelete